Wednesday, December 5, 2012

Rph BM


PERSEDIAAN MENGAJAR
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 3

Kelas : 3 Kejora
Bilangan murid : 30 orang
Tarikh : 22 Ogos 2011
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tajuk : Buah - Buahan
Pengetahuan sedia ada :  Murid baharu tamat cuti persekolahan dan telah mengalami sendiri suasana musim buah – buahan di kampung mereka.
Fokus utama :
     10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
          10.1      Menghasilkan penulisan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk email yang mudah, menarik dan bermakna
Aras 1 :
                                                                     i.        Membina ayat dengan kosa kata daripada bahan rangsangan untuk membentuk perenggan.
Fokus sampingan :
    5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai.

                        5.1      Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.


Aras 3 :
                                                                     i.        Mendapatkan maklumat daripada internet dan sumber lain berkaitan topik.

Elemen 5P : Penggabungjalinan
Pengisian kurikulum : Pendidikan Seni
Kemahiran bernilai tambah : Kontekstual
Kemahiran berfikir : Menjana idea
Kecerdasan pelbagai : Muzik, kinestetik, emosi
Nilai murni : Rajin berusaha, semangat berpasukan, bertoleransi
Sistem bahasa :
Tatabahasa - kata hubung, binaan ayat, binaan perenggan
Objektif :
Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :
  1. Membina ayat yang lengkap berdasarkan gambar yang yang telah diberi.
  2. Menghasilkan penulisan dialog berdasarkan teks yang telah diberi.
  3. Murid dapat membaca dialog dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul.
  4. Memahami isi teks yang telah diberikan dan menghasilkan dialog berdasarkan teks tersebut.






Masa/ Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi
(5 minit)
• Lagu nasyid buah-         buahan.

•Tajuk P&P pada hari ini adalah buah-buahan.
  1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
  2. Guru mengagihkan gambar buah-buahan kepada setiap kumpulan yang berbeza-beza.
  3. Guru memainkan lagu nasyid buah-buahan.
  4. Murid dikehendaki mengangkat gambar buah-buahan yang dipegang seperti yang ditunjukkan dalam video
  5. Murid diberi penjelasan tentang tajuk pembelajaran pada hari ini.


BBM :
- LCD
- Komputer riba

KP :
-Muzik
Langkah 1
(10 minit)
Kata hubung
1.    Guru mengajar tentang kata hubung.
2.    Guru memberi contoh kata hubung yang terdapat dalam ayat tersebut.
3.    Murid diminta untuk membina dan menyambung ayat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.

BBM :
- slide show
Sistem Bahasa:
- Kata hubung
Langkah 2
(10 minit)
Musim buah-buahan
  1. Guru mengedarkan kad gambar situasi yang berbeza kepada setiap kumpulan.
  2. Guru meminta setiap kumpulan berbincang berdasarkan situasi yang terdapat di dalam gambar tersebut.
  3. Guru meminta murid – murid membina perenggan pendek berdasarkan gambar situasi dan struktur ayat yang dibina mestilah mengandungi kata hubung yang sesuai.
  4. Murid bersama-sama menyebut ayat yang ditulis itu.

Langkah 3
(10 minit)
Hasilkan dialog
  1. Guru mengedarkan teks yang berbeza kepada setiap kumpulan.
  2. Guru meminta murid membaca teks tersebut dan memahami isinya.
  3. Dalam kumpulan murid  diminta untuk menghasilkan dialog serta berbincang tentang watak masing-masing berdasarkan teks tersebut.
Kemahiran Menulis
BBM :
- Teks situasi = pasar malam, gerai buah-buahan dan kebun buah-buahan.
- Bintang.

KB :
-Menyelesaikan masalah

BCB :
Membaca dengan pantas

Langkah 4
(20 minit)
  • Lakonan situasi akan dijalankan.
  • Lakonan kumpulan akan dinilai oleh kumpulan yang lain berdasarkan bintang yang diberi.
  • Permakahan simulasi merangkumi intonasi, kelancaran, gaya persembahan, cara memujuk dan mempengaruhi, mimik muka dan kesesuaian pemilihan kata.
  1. Setiap kumpulan perlu membentangkan dan membuat simulasi situasi berdasarkan dialog yang telah dihasilkan.
  2. Murid perlu menekankan sebutan dan intonasi yang betul dalam situasi tersebut.
  3. Simulasi diikuti dengan kumpulan seterusnya sehingga tamat.
  4. Setiap kumpulan perlu menilai hasil lakonan setiap kumpulan yang lain dengan memberi bintang serta komen-komen yang bernas.

KB :
-Menjana idea.
-Bertutur.

BCB :
-Visual-ruang
KP :
- Kinestetik
-Emosi

NILAI :
-Kerjasama
-Keyakinan

Pembelajaran Konstruktivism :
-Menarik minat (Engagement)
-Meneroka (Exploration)
-Menghurai (Elaboration)

Pembelajaran Konstektual :
-Menemukan (Inquiry)
-Bertanya (Questioning)
-Masyarakat-belajar (learning community)

Penutup (5 minit)
Dimanakah pasangan saya
  1. Guru mengagihkan kepingan kertas gambar buah-buahan yang berbeza kepada setiap murid.
  2. Dalam masa 2 minit murid diminta mencari pasangan kepingan kertas yang telah diberikan.
  3. Murid menampal kepingan-kepingan tersebut sehingga menghasilkan gambar buah-buahan.
  4. Guru membuat kesimpulan tentang aktiviti pengajaran yang telah berlangsung.
KBT
Konstruktivisme

No comments:

Post a Comment

Followers