Tuesday, January 21, 2014

Serius!! Tak rugi sikit pon....TrY Jom!

Assalamualaikum.. jum try ni....dripda brfacebook tak dapat hasil,baik berfacebook yang dapat hasil.saya nak berkongsi 1 program dari US yang boleh buat income sampingan.free register tiada apa2 bayaran dikenakan.tiada tipu muslihat (kalau anda rasa program ini menipu..anda tak rugi apa2 pun..anda tak keluar modal pon kan?) tak perlu cari orang,tak perlu beli or jual barang.syarat kelayakan: anda Ada facebook dan tahu gune komputer sikit2..anda perlu open link di bawah dan register sebagai member.lepas register anda terus dapat 25 usd x 3.4 = rm85.00.lepas itu anda akan dapat link anda sendiri.apa lagi anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 saya ini dan paste dekat facebook or Twitter dan sebagainya.setiap orang yang buka link anda,anda akan terima ganjaran sebanyak 10 usd x 3.4 = rm34.00 mudah kan? Alamat anda harus lah betul ok sebab nanti cek akan di pos ke alamat rumah anda. Register percume sila clik
http://stayreward.com/index.php?share=34943
SEKARANG..! Apa tunggu lagi..kalau tak nak join pon,just clik link nie je...tq.. KLIK JE MUDAH kan...


<!-- start code --><a href="http://busuk.org" target="_blank"><img src="http://busuk.org/banner.jpg"></a><!-- end code -->

Wednesday, December 5, 2012

Kate Middleton dan Prince William akan dapat anak


Prince William and his wife Catherine announced Monday they are expecting their first child, ending fevered speculation about a baby destined to become Britain's monarch whether it is a boy or a girl.
The former Kate Middleton, 30, is in hospital suffering from severe morning sickness, St James's Palace announced in a statement.
Queen Elizabeth II and the rest of the royal family were "delighted" by the news of the pregnancy while William -- the son of the late Princess Diana and the heir to the throne Prince Charles -- had visited her in hospital, the palace said.
The pregnancy adds to resurgent support for the monarchy after the pomp of William and Catherine's wedding in April 2011 and the Diamond Jubilee celebrations to mark the queen's 60th year on the throne in June this year.
"Their Royal Highnesses The Duke and Duchess of Cambridge are very pleased to announce that The Duchess of Cambridge is expecting a baby," St James's Palace said in a statement, using the couple's official titles.
The baby is set to be third in line to the British throne after Charles and William, irrespective of its gender, following moves by the government to change ancient succession laws giving priority to male children.
The palace said the couple were only "recently" aware that Catherine was pregnant. The Press Association reported that the pregnancy has not passed the 12-week point and that the announcement was prompted by her medical condition.
The palace said Catherine was admitted on Monday afternoon to the King Edward VII Hospital in central London with "hyperemesis gravidarum", which it defined as "very acute morning sickness", which requires extra hydration and nutrients.
"As the pregnancy is in its very early stages, Her Royal Highness is expected to stay in hospital for several days and will require a period of rest thereafter," the statement said.
William, also 30, visited his wife in hospital before leaving to a flurry of flashbulbs at around 8:20 pm (2020 GMT).
British media said the couple had been staying at her parents' house in Berkshire, west of London, and travelled by car to the hospital.
The queen, her husband Prince Philip, William's father Prince Charles, Charles's wife Camilla, William's brother Prince Harry "and members of both families are delighted with the news," the palace said.
Prime Minister David Cameron said the royal couple would make "wonderful parents" and that "people round the country will be celebrating with them tonight."
William's uncle Earl Charles Spencer -- the brother of Diana who won praise for his emotional eulogy at her funeral after she died in a car crash in Paris in 1997 -- said he was "thrilled for them both".
US President Barack Obama and his wife Michelle, who met the royal couple during a state visit to Britain last year, sent their congratulations on the "welcome news", the White House said.
The news flashed around the world on Twitter with the hashtag #royalbaby and crashed the couple's official website.
Catherine, a "commoner" whose parents are self-made millionaires from a party supplies business, met William at St Andrews University in Scotland in 2001.
Speculation about a royal pregnancy intensified last Wednesday when the couple were given a baby's romper suit during their first visit together to Cambridge, the historic English university city which is home to their dukedom.
William laughed and said "I'll keep that" after accepting the tiny hand-stitched outfit with the words "Daddy's little co-pilot", a reference to his job as a Royal Air Force search and rescue helicopter pilot.
Catherine -- whose sudden adoption of a new fringed hairstyle also got tongues wagging -- had her last public engagement on Friday at her old primary school, where she showed off her hockey skills.
The baby news comes just over one year since Commonwealth nations agreed to scrap centuries-old laws barring first-born daughters from inheriting the British throne if younger male heirs were available.
Deputy Prime Minister Nick Clegg said Monday that Britain was currently in the process of overhauling the 1701 Act of Settlement.
Royal commentator Kate Williams told BBC TV the child would be "politically and constitutionally important" due to its place as the first possible heir to be born after the change in the succession laws.

Saluran khas untuk filem Melayu di YouTube


Ketua Pegawai Eksekutif MIG Productions, David Teo telah bekerjasama dengan pengendali laman sesawang YouTube, Google, bagi memperkenalkan saluran khusus untuk semua filem Melayu bermula penghujung Januari 2013.
Dipetik dari Berita Harian, saluran khas ini akan memperkenalkan filem Melayu dari Malaysia dengan lebih meluas di peringkat antarabangsa dan turut memberi ruang kepada penerbit filem tempatan yang lain untuk mendaftar filem mereka dengan MIG untuk dimuat naik.
"Kami sudah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Google yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk membuka saluran filem Melayu di YouTube, malah menerusinya juga ia membuka ruang untuk apa saja program berkaitan filem, drama atau hiburan dalam bahasa Melayu ditonton seluruh dunia," ujar David Teo yang turut memberitahu visual akan dipaparkan dengan sari kata bahasa Inggeris.
Tambahnya lagi, usaha untuk mempromosikan filem tempatan ke pentas antarabangsa perlu diadakan secara agresif menerusi laman sosial kerana penggunaan media baru seperti internet dan sebagainya mampu membawa filem dari Malaysia untuk pengetahuan masyarakat di luar sana terutama sekali peminat filem.
Menerusi penyediaan dua saluran yang diwujudkan iaitu Metrowealthpictures dan MIG Online, keuntungan akan dikongsi bersama pihak MIG bersama YouTube melalui hasil pendapatan iklan.
Sementara itu, David Teo turut memberitahu pihak mereka mempunyai hak perlesenan untuk menghalang mana-mana filem Melayu yang dimasukkan dalam blog atau laman web yang dimuatkan dalam YouTube. "Google akan memberi kami kod laluan untuk menyekat filem Melayu yang tidak dimuat naik dalam saluran kami.
"Namun jika ada peminat atau pihak tertentu yang ingin berkongsi treler filem atau sedutan babak tertentu, ia dibenarkan asalkan bukan keseluruhan atau sebahagian besar tayangan filem tersebut."
Pada masa yang sama, David Teo turut memberitahu bahawa MIG juga akan bekerjasama dengan iTunes yang akan menjadi ejen rujukan semua filem terbitan Malaysia. "Kami juga akan bekerjasama dengan iTunes yang dikendalikan oleh Apple untuk menjadi ejen rujukan semua filem terbitan Malaysia. Usaha ini bererti kami adalah pengedar tunggal filem Melayu di iTunes.
"Ia akan dimulakan dengan semua filem keluaran MIG terlebih dahulu. Harga langganan filem akan ditentukan mengikut kadar mata wang utama dalam Dolar Amerika," jelasnya lagi.

Saluran khas untuk filem Melayu di YouTube


Ketua Pegawai Eksekutif MIG Productions, David Teo telah bekerjasama dengan pengendali laman sesawang YouTube, Google, bagi memperkenalkan saluran khusus untuk semua filem Melayu bermula penghujung Januari 2013.
Dipetik dari Berita Harian, saluran khas ini akan memperkenalkan filem Melayu dari Malaysia dengan lebih meluas di peringkat antarabangsa dan turut memberi ruang kepada penerbit filem tempatan yang lain untuk mendaftar filem mereka dengan MIG untuk dimuat naik.
"Kami sudah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Google yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk membuka saluran filem Melayu di YouTube, malah menerusinya juga ia membuka ruang untuk apa saja program berkaitan filem, drama atau hiburan dalam bahasa Melayu ditonton seluruh dunia," ujar David Teo yang turut memberitahu visual akan dipaparkan dengan sari kata bahasa Inggeris.
Tambahnya lagi, usaha untuk mempromosikan filem tempatan ke pentas antarabangsa perlu diadakan secara agresif menerusi laman sosial kerana penggunaan media baru seperti internet dan sebagainya mampu membawa filem dari Malaysia untuk pengetahuan masyarakat di luar sana terutama sekali peminat filem.
Menerusi penyediaan dua saluran yang diwujudkan iaitu Metrowealthpictures dan MIG Online, keuntungan akan dikongsi bersama pihak MIG bersama YouTube melalui hasil pendapatan iklan.
Sementara itu, David Teo turut memberitahu pihak mereka mempunyai hak perlesenan untuk menghalang mana-mana filem Melayu yang dimasukkan dalam blog atau laman web yang dimuatkan dalam YouTube. "Google akan memberi kami kod laluan untuk menyekat filem Melayu yang tidak dimuat naik dalam saluran kami.
"Namun jika ada peminat atau pihak tertentu yang ingin berkongsi treler filem atau sedutan babak tertentu, ia dibenarkan asalkan bukan keseluruhan atau sebahagian besar tayangan filem tersebut."
Pada masa yang sama, David Teo turut memberitahu bahawa MIG juga akan bekerjasama dengan iTunes yang akan menjadi ejen rujukan semua filem terbitan Malaysia. "Kami juga akan bekerjasama dengan iTunes yang dikendalikan oleh Apple untuk menjadi ejen rujukan semua filem terbitan Malaysia. Usaha ini bererti kami adalah pengedar tunggal filem Melayu di iTunes.
"Ia akan dimulakan dengan semua filem keluaran MIG terlebih dahulu. Harga langganan filem akan ditentukan mengikut kadar mata wang utama dalam Dolar Amerika," jelasnya lagi.

Ramli Yusuff: Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN


Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan  urusan polis.
“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.
“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepadaThe Malaysian Insider apabila dihubungi.
Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes “polis RM27 juta”.
“Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka,” kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.
Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar.”
Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
“Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.
“Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut,” kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.
“Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang.”
Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.
“Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya,” kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.
Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.
Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.
Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.
“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.
“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.
“Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka.
“Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.
NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.
Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.
Musa juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut.
Beliau berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam sistem.
Beliau turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

Rph BM


PERSEDIAAN MENGAJAR
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 3

Kelas : 3 Kejora
Bilangan murid : 30 orang
Tarikh : 22 Ogos 2011
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tajuk : Buah - Buahan
Pengetahuan sedia ada :  Murid baharu tamat cuti persekolahan dan telah mengalami sendiri suasana musim buah – buahan di kampung mereka.
Fokus utama :
     10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
          10.1      Menghasilkan penulisan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk email yang mudah, menarik dan bermakna
Aras 1 :
                                                                     i.        Membina ayat dengan kosa kata daripada bahan rangsangan untuk membentuk perenggan.
Fokus sampingan :
    5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai.

                        5.1      Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.


Aras 3 :
                                                                     i.        Mendapatkan maklumat daripada internet dan sumber lain berkaitan topik.

Elemen 5P : Penggabungjalinan
Pengisian kurikulum : Pendidikan Seni
Kemahiran bernilai tambah : Kontekstual
Kemahiran berfikir : Menjana idea
Kecerdasan pelbagai : Muzik, kinestetik, emosi
Nilai murni : Rajin berusaha, semangat berpasukan, bertoleransi
Sistem bahasa :
Tatabahasa - kata hubung, binaan ayat, binaan perenggan
Objektif :
Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :
  1. Membina ayat yang lengkap berdasarkan gambar yang yang telah diberi.
  2. Menghasilkan penulisan dialog berdasarkan teks yang telah diberi.
  3. Murid dapat membaca dialog dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul.
  4. Memahami isi teks yang telah diberikan dan menghasilkan dialog berdasarkan teks tersebut.






Masa/ Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi
(5 minit)
• Lagu nasyid buah-         buahan.

•Tajuk P&P pada hari ini adalah buah-buahan.
  1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
  2. Guru mengagihkan gambar buah-buahan kepada setiap kumpulan yang berbeza-beza.
  3. Guru memainkan lagu nasyid buah-buahan.
  4. Murid dikehendaki mengangkat gambar buah-buahan yang dipegang seperti yang ditunjukkan dalam video
  5. Murid diberi penjelasan tentang tajuk pembelajaran pada hari ini.


BBM :
- LCD
- Komputer riba

KP :
-Muzik
Langkah 1
(10 minit)
Kata hubung
1.    Guru mengajar tentang kata hubung.
2.    Guru memberi contoh kata hubung yang terdapat dalam ayat tersebut.
3.    Murid diminta untuk membina dan menyambung ayat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.

BBM :
- slide show
Sistem Bahasa:
- Kata hubung
Langkah 2
(10 minit)
Musim buah-buahan
  1. Guru mengedarkan kad gambar situasi yang berbeza kepada setiap kumpulan.
  2. Guru meminta setiap kumpulan berbincang berdasarkan situasi yang terdapat di dalam gambar tersebut.
  3. Guru meminta murid – murid membina perenggan pendek berdasarkan gambar situasi dan struktur ayat yang dibina mestilah mengandungi kata hubung yang sesuai.
  4. Murid bersama-sama menyebut ayat yang ditulis itu.

Langkah 3
(10 minit)
Hasilkan dialog
  1. Guru mengedarkan teks yang berbeza kepada setiap kumpulan.
  2. Guru meminta murid membaca teks tersebut dan memahami isinya.
  3. Dalam kumpulan murid  diminta untuk menghasilkan dialog serta berbincang tentang watak masing-masing berdasarkan teks tersebut.
Kemahiran Menulis
BBM :
- Teks situasi = pasar malam, gerai buah-buahan dan kebun buah-buahan.
- Bintang.

KB :
-Menyelesaikan masalah

BCB :
Membaca dengan pantas

Langkah 4
(20 minit)
  • Lakonan situasi akan dijalankan.
  • Lakonan kumpulan akan dinilai oleh kumpulan yang lain berdasarkan bintang yang diberi.
  • Permakahan simulasi merangkumi intonasi, kelancaran, gaya persembahan, cara memujuk dan mempengaruhi, mimik muka dan kesesuaian pemilihan kata.
  1. Setiap kumpulan perlu membentangkan dan membuat simulasi situasi berdasarkan dialog yang telah dihasilkan.
  2. Murid perlu menekankan sebutan dan intonasi yang betul dalam situasi tersebut.
  3. Simulasi diikuti dengan kumpulan seterusnya sehingga tamat.
  4. Setiap kumpulan perlu menilai hasil lakonan setiap kumpulan yang lain dengan memberi bintang serta komen-komen yang bernas.

KB :
-Menjana idea.
-Bertutur.

BCB :
-Visual-ruang
KP :
- Kinestetik
-Emosi

NILAI :
-Kerjasama
-Keyakinan

Pembelajaran Konstruktivism :
-Menarik minat (Engagement)
-Meneroka (Exploration)
-Menghurai (Elaboration)

Pembelajaran Konstektual :
-Menemukan (Inquiry)
-Bertanya (Questioning)
-Masyarakat-belajar (learning community)

Penutup (5 minit)
Dimanakah pasangan saya
  1. Guru mengagihkan kepingan kertas gambar buah-buahan yang berbeza kepada setiap murid.
  2. Dalam masa 2 minit murid diminta mencari pasangan kepingan kertas yang telah diberikan.
  3. Murid menampal kepingan-kepingan tersebut sehingga menghasilkan gambar buah-buahan.
  4. Guru membuat kesimpulan tentang aktiviti pengajaran yang telah berlangsung.
KBT
Konstruktivisme

Friday, December 23, 2011

COMELNYE


heee...ari ni kan..ari ni kan...emm...senyum memanjang je...hee...
sbb ari ni awek ni call mama sy...haha. dia ckp nk pi mkn sate!!!..comel x??comel kan2...
nama dia Danea...dia sgt comel...dia ni merupakan anak kepada pakcik aku...
aku panggil pakcik aku ayang...haha..mcm pgl awek pulak..tp tu lah kebenarannya...
hari ni besday Danea yg ke 6.....dia dah 6 tahun!!yay!!hee....sori ye abg li xdpt nk datang umah...
Danea ni sgt pandai..dia ckp english je..hehe..dia xpandai ckp melayu..hik2..kalo nak ikot kan dlm family aku..anak2 sedara aku ke..yg kecik2 sume ckp english..diorang xpaham bm..padahal mak bapak dorg xajar pon english..aja sikit2 je..ni sume pengaruh tv ni..aisy...Danea ni ada 2 org adik...yg sgt2 comel!!!
hahaha...ni lah Haikal...sgt2 comel...dia dah 3 tahun xsalah..
suara dia sgt2 lah kecik...english memanjang..haha..
tp bile sebut huruf R xpandai....ade ke dia pi sebut Angry Bird tu Angli Bid....puas dok ulang bnyak kali...heee..serius comel....dtg2 umah je mesti dok lari2....pastu kacau abg li dia...nak tgok sting glay lah @sting ray...wabbit lah.@rabbit..flog lah...@frog..aisy...ade sekali tu..dia tnya mama aku...cik tik what is that inside the cage?is that a snake??mama aku dengan terkejutnye menjawab "where? i dont see it..pastu ayah dia pi tengok kat cage tu...ayah dia jawab...tu bulu ayam lah!!!then dia pon ckp kat mama aku...cik tik...that is not a snake..that is a feather..there is no snake there...snake is in the mini zoo!!!!or in the jungle!!!waaaahh..sgt pandai budak ni....
and this one is the little one...sgt sumbong..heehe...sbb dia xbiase lg....
tp bile time2 nak balik umah dia je baru dia nak baik ngan sume org..heee
comel je..nama dia Suria...pgl dia Su Ya..@Yaya..haha...
comel sgt.....ade sekali tu...dia boleh pulak ikot aku..tengah jalan nk masok bilik ..
boleh dia ekor kat belakang...baik punye.pastu gelak sendiri..heehee.comel2..


ni lah budak bertiga ni....comel2!!mcm mak bapak dorg..xde pulak gambar mak bapak dorg...heee
sori ayang ngan mak yang..sbb amek gambar ni...heee..comel sgt!!
ni ape kes ni??owh ngah solat upenye...haikal2....(n_n)....


akak cantik lah!!!!

 yaya sdg membaca buku lah!!!mcm org tua dah gaya nye...heehe..
Yaya ngah hepi!!!susah nk tgok budak kecik ni hepi....

waaaaa...serius rindu budak2 kecik ni..sbb dorg sgt rapat ngan ktorang punye family..
mmg rindu sgt...waaa.....
k lah..nak tidoq....slmat malam......

p/s: maaf ye kepada ibu bapa mereka...pinjam gambar sat...haha....

Thursday, December 22, 2011

Peekaboo Peekabooo booo..


Peekabooo...auuummmm.....cakk!!!!
heee...ari ni ank tunjuk kan beberapa hasil karya terbaru...
hasil yang tak seberapa...urgh....damn...bile nak maju..aisy2...risau...


haaa....ni baru siap ari ni..ayak terjun..2 hari gak buat ni..
aku guna watercolour n postercolour..
busan2 ni lah jadik nye...haha..

ni tajuk dia:lady in colours..
media:watercolour..
ni sekejap je buat...20 minit dah siap..


yg ni kan..yg ni kan..emm..
dah rosak....waaaa..sedih.
terpijak cat akrilik hitam...pastu...pastu...
air tertumpah..pastu..pastu..
rosak dah...hurm...xdpt nak selamatkan..nsb bek gmbar ada..
hurmmm..

urmm...setakat ni..ni..jelah yg dapat buat...heee...lain kali buat lagi...
ni sume demi kebaikan aku gak...
kena berlatih bnyak2..sbb aku xhebat mcm kawan2 aku..
dorg nye karya sume gempak2 kot..
kagum ngan dorg...serius hebat....
hopefully dpt berdiri sama taraf dengan diorang satu hari nanti...
emm..k lah nak tido..mama btau td..nak soh aku drive ke kl....abg skt.
hurm..tgok lah mcmane nanti...mcm xjadik pi je....
pagoh banjir....risau nak lalu sane nanti..aisy..
k ..slmt mlm sume..(n_n)..



Wednesday, December 21, 2011

4s dengan S2....

ola...howayu...??sihat x??kalo sht..syukur alhamdulilah..
ari ni kan..ari ni kan...emm.em.em.
ada lah dak maktab ni nak minx pendapat...between iphone 4s n samsung galaxy s2..which one is better..?
bagi aku lah...2 2 best...both have their stronger and weaker sides..
kalo S2 lah...design dia lagi besar dr 4s...ikot pengguna lah gak...ada yg suke hp yg besar anak bapak dah...
ada yg suke comel mcm anak mak...so dalam hal design kte xley ckp lah mane satu lagi better..
pastu S2 dia plastic....haha...tp selamat lah..ley jatuhkan bnyk kali..kalo 4s dia kaca...tp yg bestnye kaca....bile pegang tu...berat lah sikit...xlah ringan je mcm s2...baling anak anjing pon xmati lagi...
Pastu dari segi display pulak...4s menang lah...sebab dia nye resolution lagi terang lah...mmg terbaik lah..kena cahaya pon xde masalah lah..still cerah weyh..tp s2 ok gak...tp still xdpt kalahkan 4s lah...kalah tipis je..
kite teruskan dari segi processor pulak...kalo s2 lah kan...dia nye  1.2GHz dual-core ARM Cortex-A9..yg bermaksud...performance dia sgt laju la wey...berbanding dgn 4s...dia nye juz 1GHz dual-core ARM Cortex-A9 processor,..tp still laju gak lah....kali ni s2 menang lah ...
dari segi camera pulak...emm..camera dua2 same je...8 mp...n ada hd video..ok lah...kat sini kamera dua2 best...xde yg menang..yg menang hanyalh aku saje..muahahaaha..
ok dari segi harga tak baper pasti lah...kena cek kedai...kalo iphone 4s 16gb dah around two thousand four sumthing..s2 dah murah dah..sbb s2 keluar dulu....
ok lah.....emm....aku sbnrnya xminat pon handphone2 ni...aisy..tp tau lah ape perlu ada untk membeli sebuah hp yg ok...emm...keputusannya skrg...aku pilih s2 kot...sbb dia sgt smarties!!!!haha...kalo aku ada duit aku xbeli 4s....sbb aku ganas...sooo...berkemungkinan henset aku akan pecah..haha..sooo.nk mengelakkan dr kemalangan yg xboleh nak bau...pilih lah s2....tp ikot gak lah pengguna...4s smart untk wanita kot...sbb dia kecik sikit lah...elegant gitu...
pilih lah yg terbaik yer....
selamat malam....

Sunday, November 27, 2011

Pertama Yang xdapat dilupakan....

Assalamualaikum W.B.T.
hee...hari ni nak citer sikit pengalaman yang xdapat dilupakan...
sebenarnya nak update citer ni lame dah...tapi still xupdate-update...
haisy...buzy nye pasai...urgh..=_="
ok start cite...heeee
pada akhir bulan 5 yang lepas...aku ngan family telah mendapat rezeki untuk menunaikan 
umrah....Kami semua rase sangat excited sebab ni merupakan umrah yang first ktorang....
sume ni ibu ku yang tanggung...
sayang mama ketat-ketat..haha
ibu aku seorang ibu tunggal..dia cikgu..ayah??...emm...ntah..
ktorang pi umrah ber 5...
abg aku yg 2nd je xdpt pi..
coz dia ada hal kerja kot.
emm....ok...nak citer pengalaman sebelum dulu...
semua org dah tau perjalanan untuk menjejak kan kaki ke tanah suci memang sangat sukar....
Allah akan sentiasa memberi cabaran dan dugaan kepada umatnya..
First task yang Allah S.W.T telah turunkan kepada kami ialah....
setibanya kami di lapangan terbang KLIA...kami sekeluarga telah diberitahu bahawa ibu kami dan beberapa lagi ahli jemaah yang lain tidak dapat mengikut saya dan adik beradik saya kerana ibu saya tidak disenaraikan dalam satu kapal terbang yang sama..kapal terbang ibu saya telah dijadualkan lebih lambat berbanding kapal terbang kami semua...kami semua berasa sangat sedih dengan pengendalian syarikat yang membawa kami itu...siape je yang xmarah....cube anda bayangkan bile seorang ibu dipisahkan dengan semua anak-anaknya di tempat yang tidak diketahui.....syukur Alhamdulilah...kami ditemukan semula di lapangan terbang Dubai..
kerana transit kami disana...
Setibanya kami di Jeddah,kami berasa sangat seronok kerana akhirnya berjaya juga jejak kan kaki disana...
Kami dibawa ke Mekah terlebih dahulu dengan menaiki bus.....Setibanya di Mekah...suasana menjadi sangat sibuk...terlalu padah manusia di sana...Ya Allah....
Second Task yang Allah telah turunkan ialah:
hotel yang kami duduk di Mekah sangat2 lah kecil..setiap kali pulang solat kami terpaksa menunggu lif yang sangat padat dengan manusia...memandangkan aku jenis yang cepat kesian melihat org tua berebut naik lif..maka aku naik lah tangga...bilik aku xnak jauh pulak lah kan....tingkat 15 wooo..tiap2 hari aku naik turun tangga..masok bilik je....menjerit kepenatan....fuih~=_="
Third Task yang Allah turunkan pula:
seperti yang dinyatakan awal-awal tadi..ini merupakan umrah pertama kami...
kami tidak pernah sekali pon menjejak kan kaki di sini...
saya dan 2 orang abg sy telah pergi untuk menunaikan solat asar dan membuat tawaf dan kami tidak ada seorang pon yang guide kami bagaimana dan dimana hendak membuat tawaf.kami hanya merujuk pada buku 100%....kami berasa sangat sedih dan banyak cabaran ketika itu,kami tau bagaimana untuk melakukan tetapi bila sampai saje di hadapan kaabah...kami berasa ragu-ragu....
kami hanya mengikut orang-orang arab yang lain sahaja...
setelah selesai bertawaf,kami ingin membuat saie...dan sekali lagi..kami tidak tahu manakah tempat untuk kami membuat saie....kami tahu tempatnya tetapi hanya berpandukan buku sahaja lah...
setelah kami mencari,akhirnya kami bertanya kepada pakguard arab disitu...nasib bek dia faham.
haisy....setelah selesai bersaie....kami akhirnya ingin bercukur...sewaktu kami ingin memotong sedikit helaian rambut kami...datang sekelompok manusia...ingin meminjam gunting kami,...kami membenarkan mereka gunakan tetapi makin digunakan makin ramai yang mengambil gunting tersebut sehinggalah kami terpaksa mengambil gunting tersebut dan bercukur ditempat lain...kami berasa sangat serba salah ketika itu...
Selesai sahaja bercukur....
solat maghrib pon tiba...kami ber3 pergi untuk mengambil wudhuk..
dan sewaktu azan berkumandang...aku dan abang aku yang ke 3 tercari-cari dimana abang aku yang pertama telah pergi...kami berasa sangat susah hati.....maka kami pon terpaksalah solat ber2....selesai sahaja solat maghrib.....aku dan abang aku ingin pulang ke hotel untuk menanggalkan kain ihram....tetapi sekali lagi Allah menguji kami..Kami seperti kehilangan arah...kami tidak tahu jalan untuk pulang ke hotel kami...lebih kurang setengah jam kami mencari hotel kami...perasaan ingin menangis,marah,tekanan yang kuat...semua ada....
akhirnya kami duduk sebentar dan berdoa dan Alhamdullilah....dapat juga kami mencari jalan pulang ke hotel...
Alhamdullilah selesai umrah kami...
Pada hari ke3 berada di Mekah al Mukarramah..kami masih tidak jumpa lagi ibu dan adik perempuan ku kerana mereka ber2 berada di bilik yang lain....waktu makan juga kami tidak dapat jumpa..kerana kebiasaannya kami pulang awal.dan kadangkala lewat....
kami berasa sangat sedih kerana kami berharap pergi ke sana akan sentiasa bersama keluarga...
tetapi berada disana seperti Allah cuba menjauhkan kami daripada ibu kami mungkin disebabkan kami hanya ada ibu sahaja....akhirnya....kami dapat berjumpa dengan ibu kami setelah puas berdoa untuk berjumpa...
hurm...sedey sangat2..cabaran yang diberikan oleh Allah S.W.T. tidak berhenti-henti..
Dugaan yang Allah bagi lagi sewaktu ingin menunaikan umrah untuk kali ke2...kali ni...aku telah jatuh sakit....segala jenis penyakit telah keluar...muntah2 lah..demam lah...Ya Allah...banyak betul dugaan ku Ya Allah...
Banyak kali aku menangis sewaktu di sana....
Pada hari ke 5 di Mekah al Mukarramah....sewaktu aku jalan menuju ke masjidil haram..aku terlihat seorang wanita tua menaiki kerusi roda...dan kerusi roda itu telah ditolak oleh cucu dia kot....xpasti....pada awalnya..kerusi roda itu ditolak dalam keadaan elok sahaja....xde masalah....berjalan disebelah aku je....tiba-tiba...kerusi roda tersebut tersekat...xboleh bergerak langsung....budak tu tengok lah kat bahagian tayar kerusi roda tu..takot tersangkut ke...sume nye macam ok je bile tengok...xde masalah...tapi bila dia lihat org tua tu je...dia menangis teresak-esak....dia melihat nenek nya telah meninggal dunia....ramai orang mendengar dia menangis dan menjerit dengan kuat....meremang bulu roma ku....kerusi roda tersebut masih tidak dapat ditolak....kemudian rakyat disitu mengelilingi budak tersebut dan orang tua itu dan mula membacakan doa....dan beberapa minit kemudian...barulah kerusi roda itu dapat ditolak......dalam fikiran ku mula berkata-kata...mengapa perkara tersebut berlaku??semestinya kita semua telah ketahui bahawa mayat yang berat mempunyai bnyak dosa....tetapi bila berada di sana...aku tidak sanggup untuk berfikir buruk...semoga diampunkan dosanya diakhirat sana..
Sewaktu aku berada di Mekah juga...aku dapat lihat seorang lelaki yang tidak henti-henti di hujani oleh tahi burung....hanya lelaki itu sahaja yang kena..puas lah tangan dia menepis..tapi masih juga terkena....Ya Allah...sedih aku melihat keadaan tersebut...
satu lagi situasi yang berlaku ialah..sewaktu berada di madinah al munawarah...seperti biasa...kami tidak ada penunjuk arah...kami sangat kecewa dengan sikap mereka..tau lah ramai diantara jemaah yang pergi sume dah pernah pergi...so boleh lah abaikan kitorang ni....
tapi Alhamdullilah...keadaan di madinah tidak seteruk di mekah...Alhamdulilah hotel di madinah sangat best...
heee...
dan cabaran yang terakhir yang Allah telah turunkan kepada aku dan keluarga ku ialah..seperti mana pada awal tadi...ibu ku xdpt menaiki satu flight bersama ktorang....pada hari last ni pulak...ibu dengan abang aku yang first pulak yang tak dapat naik flight ngan ktorang....sedih hati ni tidak habis lagi...puas kami menangis sekeluarga...waaahh..pilu rasanya....yang lagi sedih nya....flight diorang telah ditangguhkan sehingga 3 hari....sedih sangat...ktorang dah ada kat Malaysia 3 hari..baru dia dapat balik...Plan sebenarnya ialah..ktorang nak balik awal...sebab abang yang first ada operation dalam minggu tersebut...dan agensi yang menguruskan dengan bangganya berkata...alaa..senang je...bile2 bole balik...ok finee....tapi bile sampai saja airport cakap tak boleh pulak...nak maki kat sana xelok...still kat tanah haram,..yang sangat2 menyedihkan....ahli2 agensi sume dah bla dulu tinggalkan mak n abg aku ber2 saje dekat sane...dan mereka xtolong sikit pon.....Ya Allah...sakitnya hati.....nasib baik org Tabung haji menolong ibu dan abang ku...alhamdulilah..pulang juga mereka ke Malaysia....tp seriusly...agency COLLOSUS TRAVEL merupakan agency paling teruk.....maaflah berkata begini....kami tau itu sume dugaan yang Allah turunkan untuk kami sekeluarga...tetapi disebabkan anda juga lah..kami menghadapi banyak cabaran.....hanya Allah sahaja yang mengetahui....maaf jika terlanjur bahasa...juz nak mengingatkan kepada semua....Allah sentiasa memberi dugaan kepada orang-orang yang beriman....



ni antara gambar-gambar kami disana...seronok kat sana..tp kalo pengurusan nya elok...mesti lagi seronok.......(n_n)

Followers